Thursday, 27 September 2012

Salam n hi semua,

Manismanis Delicacies akan berehat dari beroperasi dari 29 hingga 30 September 2012 dan akan kembali seperti biasa pada 1 Oktober 2012.

Tq dan harap maklum :)

Friday, 21 September 2012

Vanilla & Choco Hazelnut Cupcake

Vanilla Cupcake dan Choco Hazelnut Cupcake ni request dari Puan N (Sg Udang) untuk minum petang. Frosting untuk Vanilla Cupcake ni adalah Kiwi Buttercream manakala frosting untuk Choco Hazelnut Cupcake adalah Oreo Buttercream + Cadbury untuk decor :)

Harga sebiji Vanilla Cupcake + any frostings (saiz M atau paperliner no.9) - RM1.50
Harga sebiji Choco Hazelnut + any frostings (saiz M atau paperliner no. 9) - RM2

Harga sekotak (16pcs, saiz M):
Vanilla Cupcake - RM30
Choco Hazelnut Cupcake - RM35




Thursday, 20 September 2012

Mini Pavlova Introductory Sale!

Mini pavlova (saiz M) untuk dijual. Ada 2 jenis pack - Pack A dan B. Limited amount only. Boleh request sama ada nak fresh cream atau fresh buttercream frosting.

Kalau nak sebiji pun boleh, RM2 k :)
Jom order!

Isi dalam pack B - 4 mini pavlova saiz M RM10

Packaging Pack B

Packaging Pack A - 3 mini pavlova saiz M RM6

Mini Pavlova

Xboleh cerita banyak2. Pendek kata, SEDAP!! Manis, lemak, masam2 manis dari buah2...mmm...mmg sedap.

Harga sebiji (M size, maximum order 16 pcs) - RM2
Displayed ni mini pavlova dengan fresh cream.
Boleh tukar dengan french vanilla icing atau buttercream.

Harga untuk pavlova dalam kotak (saiz M, 16 pcs) - RM35
Jom try :) kalau sedap boleh order lagi hehehehehehehe....






Buttermilk Chocolate Cupcake with Buttercream Frosting

Cupcake ni sangat best, kek dia ada campuran rasa manis dan pahit2 sikit, plus buttercream frosting yang manis membuatkan tasa dia jadi sangat seimbang.

Harga sebiji RM2 (untuk order >50 ataupun untuk doorgift, saiz M)
Harga 16 biji (saiz M) - RM40
Harga 25 biji (saiz S) - RM50





Wednesday, 19 September 2012

Tempahan Hari Raya Aidiladha 2012

Salam...

Tempahan cupcakes, savoury muffins dan cookies untuk Hari Raya Aidiladha dibuka sekarang! Kalau ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kami seperti butir2 di bawah ni :)

facebook : manismanis delicacies (PM saje kat sana ye)
SMS/Call : 0193507524 (yana)

Tempahan boleh dibuat sehingga 23 Oktober 2012.
Sekian, tq :)

Tuesday, 18 September 2012

Red Velvet (with Cream Cheese Frosting)

Semua orang dah tau tentang Red Velvet, betul tak? Untuk yang belum tau, Red Velvet Cake atau cupcake adalah campuran batter menggunakan "buttermilk" dan sedikit serbuk koko serta pewarna merah. Rasa dia sangat sedap...dan texture dia moist sebab "buttermilk" tu. Dalam gambar ni, kami upload Red Velvet cupcake dengan cream cheese topping. 

Oh ya...frosting boleh pilih samada cream cheese, buttercream atau marshmallow meringue :).
Inti boleh pilih sama ada with/without cream cheese fillings :)





Harga sebiji (saiz M, untuk order >50, doorgifts) - RM3
Harga 16 biji (saiz M) - RM55
Harga 25 biji (saiz S) - RM65
(Kos termasuk packaging dan labelling)


Bolognese Muffins

Muffin ni boleh tahan ramai jugalah peminatnya. Muffin parsley lemak dengan caramelized onion, berinitikan cheesy chicken atau beef fillings. 

Bolognese Muffins yang dah siap dibakar.

Fillings untuk muffin. Dalam ni adalah cheesy chicken bolognese filling.

Yang ada dalam simpanan. Gift pack sempena Hari Raya Aidilfitri untuk cikgu2 sesi petang SRK Taman Medan, Petaling Jaya. Tq Kak Fauzah (kakak ipar). Packaging disponsor oleh Kak Fauzah sendiri :)


Harga sebiji (Large, paperliner no. 10) - RM2.50
Harga sebiji (Medium, paperliner no. 9) - RM2
(kos termasuk packaging dan labeling)

Untuk tempahan >50 biji, harga sebiji (L) - RM2, (M) - RM1.60



Vanilla Cookies with Nutella Fillings

Kalau ada yang pernah makan biskut keluaran Tatawa, mesti pernah makan biskut yang ada inti coklat kat tengah2 tu. Sedap, kan? Jadi, ni adalah generic dia, hehehe...cuma fillings dia pakai Nutella. Sedap sangat. Fillings boleh tukar sama ada Nutella, plain cream cheese, chocolate atau strawberry cream cheese. Kalau nak inti ala2 jem strawberry, blueberry pun boleh juga :)

Cookies boleh pilih sama ada nak Vanilla ataupun Chocolate :)

Gambar kat bawah ni ialah Vanilla Cookies dengan inti Nutella. Kalau ada yang order guna inti lain nanti saya update ye. Ni je yang ada dalam simpanan buat masa sekarang, al maklumla baru nak main letak2 gambar heheheheh....

Biskut asal sebelum kena "solek "

Completed, with drizzled bitter-sweet chocolate 

Nampak kan inti kat tengah2 tu?

Standard container (dalam anggaran 50 cookies) - RM28
M-sized container (dalam anggaran 40 cookies ) - RM25

Oreo Cheesecake Cookies

Cookies ni tengah hit di kalangan kanak2, sebabnya of courselah ada Oreo...dan juga Philadelphia Cream Cheese yang mmg umphh rasa dia :) Bila makan sebiji, terasa macam kita makan Oreo cheesecake, tapi yang berbezanya...ia adalah cookies. Ditambah lagi dengan semi-sweet chocolate chips  dalam adunan, membuatkan rasa cookies ni lebih seimbang - manis, lemak, tarty, dan agak pahit dek chocolate chips tu. Jom tengok gambar kat bawah ni :)




Standard container (dalam anggaran 60 cookies) - RM35
M-sized container (dalam anggaran 50 cookies) - RM30

Double Chocolate Chip Cookies

Salam...

Okey kat sini kami displaykan gambar cookies yang kami sempat snap ye. Sebelum ni kami mmg tak snap gambar pun sebab kami promote guna mulut ke mulut je, jadi mana2 customer yang dah tau mereka terus order dengan kami. Kali ni kami nak try guna fb ngan blog la pulak...macam bakers hebat yang lain...so sapa2 yang rasa macam nak try, boleh la tempah kat kami ye :)

Macam yang kami cakap dlm entry yang lepas, cookies kami sentiasa available, boleh jadi snek minum petang seisi keluarga, door gift, wedding favors, sample pack, gift pack pun boleh..:)

Okey ni cookies pertama, Double Chocolate Chip Cookies


Standard container (dalam anggaran 50 - 60 cookies) - RM35

M-sized container (dalam anggaran 40 - 50 cookies) - RM30

Senarai Menu Manismanis Delicacies

Salam...

Lupe pulak..tadi dah janji nak tunjuk senarai menu Manismanis kan, okey...kat bawah ni sila la tgk ye. Ini adalah apa yang kami dah buat so far...Insya Allah senarainya kami akan cuba tambahkan lagi.

Cookies:

  • Double Chocolate Chip Cookies - All-time favourite. Makan sekali mesti nak makan 3,4 kali tanpa sedar. Dengan kombinasi bittersweet, semi-sweet & milk chocolate PLUS fine quality unsweetened cocoa, inilah cara terbaik untuk menikmati chocolate.
  • Oreo Cheesecake Cookies - A current hit. Ramai order sebab anak2 suka rasanya. Rasa oreo cheesecake tapi dalam bentuk cookies. Jom order kalau nak tau camana rasa dia :)
  • Vanilla Cookies with Nutella Fillings - Cookies berperisa vanilla dengan inti Nutella. Inti boleh tukar cream cheese sama ada plain, chocolate atau strawberry. Request untuk strawberry, blueberry atau kiwi fillings boleh juga dirunding :) Biskut boleh tukar sama ada vanilla atau coklat.
  • Crispy Rosemary Cookies with Strawberry - Cookies perisa rosemary dengan strawberry paste di tengah2. Rasa yang unik. Ramai yang order untuk doorgifts atau wedding favors sebab keunikan rasanya tu :)
  • Chocochoco Cream Cheese Cookies - Chocolate cheesecake dicampur dengan semi-sweet chocolate chip dalam bentuk cookies. Sinfully delicious!
  • Strawberry Cheesecake cookies - Strawberry cheesecake tapi dalam bentuk cookies. Lentuk!!!

Muffins: (Savoury)
  • Bolognese Muffin with Cheesy Chicken/Beef Fillings - Muffin berparsley dengan caramelized onions, berintikan chicken atau beef bolognese. Sangat ramai peminat :)
  • Chicken/ Beef Curry Stuffed Muffin - Muffin berintikan kari ayam atau daging. Sesuai untuk minum petang :)
  • Rendang Stuffed Muffin - Muffin berintikan rendang ayam/daging.
  • Mac and Cheese Muffin - Sangat ramai yang order untuk majlis hari jadi. Ada dalam 3 rasa iaitu plain, spinach & spicy chicken/beef . Boleh order campur2.
  • Baked pasta in a Cup - Pasta (elbow atau shell) bakar dengan kombinasi ayam/daging cincang, cendawan, lada benggala, keju dengan special rempah kami :)
Cupcakes: (Frosting boleh tukar dengan Buttercream, Chocolate Ganache atau Marshmallow Meringue. Fillings sama ada creamcheese atau chocolate ganache.Customized fillings boleh dirunding)
  • Red Velvet with Cream Cheese Frosting
  • Blue Velvet - ada yang request tak nak koko powder supaya nampak cantik birunya. Pun boleh juga :)
  • Buttermilk Chocolate
  • Chocolate chip 
  • Strawberry cupcake
  • Lemony Rosemary 
AKAN DATANG (Insya Allah)
  • S'more pies & tarts
  • Mini Pavlova
  • Savoury Tartlets
  • Fruit Tarts
  • Red Velvet Cookies (with fillings)

Okey...sila2kan menjamu mata ye...esok saya upload gambar2 pulak...


Monday, 17 September 2012

Salam perkenalan dari Manismanis!!

Salam...

Hai, selamat datang ke blog rasmi Manismanis Delicacies. Blog ni baru saja dicipta atas permintaan rakan-rakan. Senang sikit nak refer kata diorang. Selama ni dok promote guna mulut je. Oklah...sebagai permulaan kami nak perkenalkan blog ni sebagai blog penjual aneka cookies, muffins dan cupcakes.


  • Cookies kami all-season, tak perlu nak tunggu sampai Raya tahun depan...kalau terasa nak makan boleh order bila2 masa aje dengan kami :).
  • Muffins kami ada 2 kategori : sweet & savoury. Kejap lagi kami listkan senarainya ya :)
  • Cupcakes kami taklah sehebat cupcakes orang-orang yang lain, tapi kami pastikan cupcakes kami berbeza dari yang lain, nak tau apa dia...kena tgk listnya k :) n we go for simplicity (bukan simplysiti tau hihihihi), maksudnya decoration kami klasik dan simple tapi kami pastikan cupcakes kami unik :)


Jika ada sebarang pertanyaan/cadangan/permintaan/nak order, boleh hubungi kami di sini:

  • email : manis.manis.delicacies@gmail.com
  • facebook : manismanis delicacies
  • h/p : 0193507524 (yana)


Sekian untuk masa ni, tq2 :)